Xian 5H3M

Xian 5H3M
Spread the love

 

Pakej Xian 5H3M. Melawat Museum Qin Terracotta, Great Mosque, Da Ming Palace, Drum & Bell Tower. Pakej melancong ke Xian, China – Melancong tanpa was-was.

Price Valid Until : 31 Oct 2019 Package Type : Ground only Tour Type : Private Tour
InfoAturcaraBorang Pertanyaan
HARGA UNTUK SEORANG
HOTEL @ SETARAF 2 – 5 6 – 9
Success Hotel (3 Bintang)
RM1,989 RM1,459

Harga dan aturcara pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis.

 

PAKEJ ADALAH TERMASUK:

  • Makanan halal seperti didalam aturcara pakej.
  • Penginapan  selama 3 malam di hotel bertaraf 4 bintang (bilik perkongsian twin / triple).
  • Makanan – 3x makan tengahari dan 3x makan malam di restoran tempatan.
  • Pemandu pelancong tempatan berbahasa Inggeris.
  • Pengangkutan berhawa dingin seperti di dalam aturcara pakej.
  • Tempat lawatan beserta tiket masuk seperti di dalam aturcara pakej.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang.
  • Perkhidmatan porter.
  • Perbelanjaan untuk diri sendiri.
  • Insuran Perjalanan.
  • Hari puncak / musim perayaan.
  • Makanan dan minuman tambahan yang tiada didalam aturcara pakej.
  • Sebarang tiket masuk kemana-mana tempat lawatan tambahan yang tiada didalam aturcara pakej.
  • Bayaran lebihan bagasi.
  • Tip untuk pemandu pelancong / pemandu bas / van.
  • Visa China.
  • Lain-lain yang tiada didalam aturcara pakej.

NOTA:

  • Aturcara pakej dan harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis.
  • Harga pakej tidak sah pada tarikh berikut:
    • Cuti Umum Qing Ming (4 – 8 April, 2019).
    • Festival Bot Naga (Jun 07 – 09, 2019).
    • Perayaan pertengahan musim luruh (September 13 – 15, 2019).
    • Cuti Hari Kebangsaan (September 29 – Oktober 07, 2019).
  • Bayaran denda sebanyak USD50 /seorang /sehari sekiranya tidak hadir semasa lawatan.
  • Caj tambahan sebanyak USD35 /seorang /kedai sekiranya lawatan kurang dari 1 jam atau pembatalan tempat lawatan di hentian kedai pelancongan.

LAWATAN DI DALAM ATURCARA PAKEJ ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA SEPERTI KEADAAN CUACA, JALAN TRAFIK DAN LAIN-LAIN.

 

HARI 01 : 
KUALA LUMPUR > XI’AN

  • Berlepas dari Kuala Lumpur ke Xi’an.

 

HARI 02 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
KETIBAAN XI’AN > LAWATAN BANDAR

  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Xi’an Xianyang, peserta disambut olehj pemandu pelancong tempatan yang berbahasa inggeris.
  • Peserta terus dibawa untuk daftar masuk ke hotel dan berehat.
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan ke Ancient City Wall yang dibina pada awal pemerintahan Dinasti Ming (1378) – merupakan tembok pertahanan dan simbol kepada Xi’an.
  • Singgah di kedai Jed untuk melihat keindahan ukiran Batu Jed.
  • Makan tengahari dan solat di Masjid.
  • Meneruskan lawatan ke Big Wild Goose Pagoda di mana terletaknya air pancut muzik yang terbesar di Asia.
  • Seterusnya peserta dibawa melawat Muzium Xi’an.
  • Makan malam dan pulang ke hotel untuk berehat.

Makan Tengahari : Restoran halal tempatan. | Makan Malam : Restoran halal tempatan.

 

HARI 03 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
XI’AN

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan ke Muzium Qin Terracotta Warriors & Horses – Penemuan arkeologi terhebat di dunia. Didalamnya terdapat tiga ruangan pameran yang menempatkan 8,000 askar Terracotta dan kuda yang menjaga Makam Qin Shihuang yang merupakan Maharaja Pertama negara China.
  • Lawatan diteruskan dengan mengunjungi Silk Store untuk mendapatkan sutera yang bermutu tinggi.
  • Melawat Masjid Besar Xi’an – masjid terbesar dan tertua di negara China.
  • Peserta juga dapat mengunjungi penempatan orang islam yang terkenal di sini.
  • Makan malam dan pulang ke hotel untuk berehat.

Makan Tengahari : Restoran halal tempatan. | Makan Malam : Restoran halal tempatan.

 

HARI 04 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
XI’AN

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan ke Da Ming Palace National Heritage Park yang dibina pada zaman Dinasti Tang (708 AD) dan keluasannya 4 kali lebih besar dari Kota Larangan di Beijing dimana didalamnya terdapat Dan Feng Gate, Kuil Lin De, Kuil Han Yuan dan Tai Ye Pool.
  • Lawatan diteruskan ke Drum & Bell Tower Square yang mana dibina pada awal zaman Dinasti Ming (lebih dari 300 tahun) dan menjadi mercutanda bagi Xi’an.
  • Solat di Masjid Dongxin Street.
  • Peserta dibawa untuk membeli-belah di Min Le Yuan Pedestrian.
  • Makan malam dan pulang ke hotel.

Makan Tengahari : Restoran halal tempatan. | Makan Malam : Restoran halal tempatan.

 

HARI 05 : 
XI’AN > KUALA LUMPUR

  • Menaiki penerbangan pada awal pagi untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Package Details

 

Personal Details

 

Verification

error: Content is protected !!