Shanghai Suzhou Hangzhou 5H4M

Shanghai Suzhou Hangzhou 5H4M
Spread the love

 

Pakej Shanghai Suzhou Hangzhou 5H4M. Melawat Guan Qian Street, West Lake, Shanghai New World, Shanghai Old Town, The Bund & Nan Jing Road. Pakej melancong murah ke Cina. Tanpa kos tersembunyi.

Price Valid Until : 31 Oct 2019 Package Type : Ground only Tour Type : Private Tour
InfoAturcaraBorang Pertanyaan
HARGA UNTUK SEORANG
PESERTA 2 – 5 6 – 9
DEWASA
RM3,069 RM1,579

Harga dan aturcara pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis.

PENGINAPAN
DESTINASI HOTEL @ SETARAF TARAF BINTANG
SHANGHAI Borrman Hotel 4 Bintang
SUZHOU Wan Yue Holiday Hotel 4 Bintang
HANGZHOU City Hotel @ similar 4 Bintang

PAKEJ ADALAH TERMASUK:

  • Makanan halal seperti didalam aturcara pakej.
  • Penginapan  selama 4 malam di hotel bertaraf 4 bintang (bilik perkongsian twin / triple).
  • Makanan – 4x makan tengahari dan 4x makan malam di restoran tempatan.
  • Pemandu pelancong tempatan berbahasa Inggeris.
  • Pengangkutan berhawa dingin seperti di dalam aturcara pakej.
  • Tempat lawatan beserta tiket masuk seperti di dalam aturcara pakej.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang.
  • Perkhidmatan porter.
  • Perbelanjaan untuk diri sendiri.
  • Insuran Perjalanan.
  • Hari puncak / musim perayaan.
  • Makanan dan minuman tambahan yang tiada didalam aturcara pakej.
  • Sebarang tiket masuk kemana-mana tempat lawatan tambahan yang tiada didalam aturcara pakej.
  • Bayaran lebihan bagasi.
  • Tip untuk pemandu pelancong / pemandu bas / van.
  • Visa China.
  • Lain-lain yang tiada didalam aturcara pakej.

NOTA:

  • Aturcara pakej dan harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis.
  • Harga pakej tidak sah pada tarikh berikut:
    • Cuti Umum Qing Ming (4 – 8 April, 2019).
    • Festival Bot Naga (Jun 07 – 09, 2019).
    • Perayaan pertengahan musim luruh (September 13 – 15, 2019).
    • Cuti Hari Kebangsaan (September 29 – Oktober 07, 2019).
  • Bayaran denda sebanyak USD50 /seorang /sehari sekiranya tidak hadir semasa lawatan.
  • Caj tambahan sebanyak USD35 /seorang /kedai sekiranya lawatan kurang dari 1 jam atau pembatalan tempat lawatan di hentian kedai pelancongan.

LAWATAN DI DALAM ATURCARA PAKEJ ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA SEPERTI KEADAAN CUACA, JALAN TRAFIK DAN LAIN-LAIN.

 

HARI 01 : Makan Malam
KETIBAAN SHANGHAI > SUZHOU

  • Setibanya di lapangan terbang Shanghai, peserta disambut oleh pemandu pelancong tempatan.
  • Peserta di bawa ke Suzhou dan seterusnya melawat Guan Qian Street yang terkenal dengan kebudayaannya.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk ke hotel dan berehat.

Makan Malam : Restoran halal tempatan.

 

HARI 02 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
SUZHOU > HANGZHOU

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Memulakan lawatan di Suzhou yang bersejarah dengan melawat Ouyuan Garden (Couple’s Garden) yang dibina pada zaman Dinasti Qing.
  • Singgah untuk membeli-belah di Silk Store untuk membeli kain / baju sutera yang berkualiti.
  • Solat zuhur di Masjid Taipingfang.
  • Seterusnya peserta dibawa untuk menikmati pemandangan yang indah di West Lake New World yang bersejarah dan terkenal dengan jolokan “Syurga Di Dunia”.
  • Makan malam dan daftar masuk ke hotel untuk berehat.

Makan Tengahari : Restoran halal tempatan. | Makan Malam : Restoran halal tempatan.

 

HARI 03 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
HANGZHOU > SHANGHAI

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Memulakan lawatan di sekitar Hangzhou, West Lake yang terkenal di dunia dimana tasiknya dibahagi kepada 5 bahagian dan dipisahkan oleh dengan 2 tambak, 1 bukit, tasik, jambatan dan senibina yang cantik yang mendapat pujian dari seluruh dunia. Disini juga terdapat halaman Lotus yang terkenal pada musim panas.
  • Mengikuti upacara minum teh di Dragon Well Tea Village.
  • Peserta bertolak menuju ke Shanghai.
  • Terletak di kawasan Shikumen yang sangat istimewa, Shanghai New World menawarkan pelbagai kedai butik, cafe, studio dan restoran mewah untuk pengunjung.
  • Seterusnya peserta dibawa ke Herbal Medicine Center.
  • Makan malam.
  • Daftar masuk ke hotel dan berehat.

Makan Tengahari : Restoran halal tempatan. | Makan Malam : Restoran halal tempatan.

 

HARI 04 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
SHANGHAI

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Peserta dibawa melawat Shanghai Old Town dimana terdapat bangunan bersejarah dengan rekabentuk yang menarik yang dibina pada awal zaman Dinasti Ming (600 tahun yang lalu).
  • Peserta dibawa untuk solat di Masjid Xiao Tao Yuan yang didirikan lebih dari 100 tahun yang lalu.
  • Peserta dibawa mengunjungi Kedai Jed.
  • Seterusnya peserta dibawa bersiar-siar sambil berjalan kaki ke The Bund dan membeli-belah di Nan Jing Road.
  • Pulang ke hotel dan berehat.

Makan Tengahari : Restoran halal tempatan. | Makan Malam : Restoran halal tempatan.

 

HARI 05 : 
SHANGHAI > KUALA LUMPUR

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Peserta dibawa untuk lawatan terakhir di Oriental Pearl TV Tower yang terkenal.
  • Peserta dibawa untuk solat di Masjid Pudong.
  • Seterusnya peserta di hantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Makan Tengahari : Restoran halal tempatan.

Package Details

 

Personal Details

 

Verification

error: Content is protected !!