Phnom Penh Dalam Kenangan 3H2M

Phnom Penh Dalam Kenangan 3H2M
Spread the love

 

Pakej melancong ke Phnom Penh, Cambodia. Pakej ground fullboard muslim. Melawat Kompleks Istana Diraja, Silver Pagoda, Sun Set Cruise, Tuol Sleng, Russian Market dan Wat Phnom.

 

Price Valid Until : 31 Dec 2019 Package Type : Ground only Tour Type : Private Tour
InfoAturcaraBorang Pertanyaan
HARGA UNTUK SEORANG
DEWASA HOTEL 3* HOTEL 4* HOTEL 5*
2 RM1,169 RM1,179 RM1,269
3 -5 RM1,069 RM1,079 RM1,169
6 – 9 RM869 RM879 RM969
10 – 14 RM809 RM819 RM909

Harga dan aturcara pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis.

PENGINAPAN
DESTINASI HOTEL @ SETARAF TARAF BINTANG
PHNOM PENH
Relax Hotel 3 Bintang
Samnang Laor Hotel 4 Bintang
Dyvith Hotel 5 Bintang

PAKEJ ADALAH TERMASUK:

  • Makanan halal seperti didalam aturcara pakej.
  • Penginapan¬† selama 2 malam di hotel (bilik perkongsian twin / double).
  • Makanan – 2x makan tengahari dan 2x makan malam di restoran tempatan.
  • Pemandu pelancong tempatan berbahasa Inggeris.
  • Pengangkutan berhawa dingin seperti di dalam aturcara pakej.
  • Tempat lawatan beserta tiket masuk seperti di dalam aturcara pakej.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang.
  • Perkhidmatan porter.
  • Perbelanjaan untuk diri sendiri.
  • Insuran Perjalanan.
  • Hari puncak / musim perayaan.
  • Makanan dan minuman tambahan yang tiada didalam aturcara pakej.
  • Sebarang tiket masuk kemana-mana tempat lawatan tambahan yang tiada didalam aturcara pakej.
  • Bayaran lebihan bagasi.
  • Tip untuk pemandu pelancong / pemandu bas / van.
  • Lain-lain yang tiada didalam aturcara pakej.

LAWATAN DI DALAM ATURCARA PAKEJ ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA SEPERTI KEADAAN CUACA, JALAN TRAFIK DAN LAIN-LAIN.

 

HARI 01 : Makan Tengahari / Makan Malam
KETIBAAN PHNOM PENH > LAWATAN BANDAR > SUNSET CRUISE

Phnom Penh Sunset Cruise - Cambodia
Phnom Penh Sunset Cruise
  • Setibanya di Lapangan Antarabangsa Phnom Penh, peserta disambut oleh pemandu pelancong tempatan.
  • Memulakan lawatan dengan melawat Kompleks Istana Diraja yang menakjubkan – merupakan kediaman kerabat diraja yang merupakan simbol negara Cambodia (Kemboja). Menikmati keindahan Taman diraja yang berlanskapkan tumbuhan tropika dan memasuki dewan majlis-majlis diraja diadakan dimana ia juga merupakan tempat penobatan raja Cambodia.
  • Melewati Napoleon III Pavilion yang merupakan hadiah dari pemerintah Perancis pada abad ke 19.
  • Lawatan diteruskan ke Silver Pagoda – terdapat 5000 jubin perak seberat 1 kg setiapnya yang menutupi lantai. Didalamnya terdapat harta yang sangat berharga seperti patung manusia Buddha yang diperbuat daripada emas dan bertatahkan 9,584 berlian dan berlian terbesar mencecah sehingga 25 karat.
  • Selepas makan tengahari, peserta dibawa untuk daftar masuk ke hotel.
  • Peserta dibawa untuk menaiki bot untuk menikmati keindahan matahari terbenam dengan menyusuri Sungai Tonle Sap. Sungai ini terkenal dengan pembalikan arah arus sungainya setiap tahun dan juga merupakan penghalang banjir Sungai Mekong terbesar didunia. Melewati Istana Diraja dan perkampungan kecil nelayan.
  • Pulang ke hotel dan bebas untuk acara sendiri.
  • Membeli-belah di Pasar Malam Phnom Penh.

 

HARI 02 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
TUOL SLENG > WAT PHNOM > MEMBELI-BELAH

Russian Market | Psar Tuol Tom Pong
Russian Market (Psar Tuol Tom Pong)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan ke Tuol Sleng yang dahulunya merupakan sebuah sekolah menengah sebelum dijadikan sebagai pusat untuk siasatan, penyeksaan dan pembunuhan oleh Khmer Rouge. Sekarang ia dikenali sebagai Muzium Penyiksaan yang menjadi saksi kekejaman Khmer Rouge.
  • Meneruskan lawatan ke Independent Monument, King Morodom Statue, Chaktomuk Riverside & Masjid Boeung Kok.
  • Makan tengahari.
  • Peserta dibawa untuk membeli-belah di Russian Market (Psar Tuol Tom Pong) yang terkenal dan Psar Thmei (Central Market).
  • Lawatan diteruskan ke Wat Phnom yang menjadi simbol kepada bandar ini – terkenal dikalangan penduduk tempatan untuk berdoa memohon mendapatkan tuah didalam mendapatkan pekerjaan dan juga untuk lulus peperiksaan.
  • Pulang ke hotel untuk berehat.

 

HARI 03 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari
NATIONAL MUSEUM > SHOPPING > KUALA LUMPUR

Phnom Penh National Museum - Cambodia
Phnom Penh National Museum
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Memulakan lawatan ke Muzium Nasional dimana didalamnya terdapat koleksi arca terbaik didunia pada zaman Angkor.
  • Membeli-belah buat kali terakhir di AEON Super Market yang terbesar dan terkenal di Cambodia.
  • Makan tengahari.
  • Peserta dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Package Details

 

Personal Details

 

Verification

error: Content is protected !!