Kenangan Di Phnom Penh 4H3M

Kenangan Di Phnom Penh 4H3M
Spread the love

 

Pakej Kenangan Di Phnom Penh 4H3M. Jom bercuti ke Phnom Penh, Cambodia. Melawat Killing Field, Wat Phnom, Udong & Sunset Cruise, Toul Sleng dan Russian Market. Pakej percutian ground Muslim dan full board.

 

Price Valid Until : 31 Dec 2019 Package Type : Ground only Tour Type : Private Tour
InfoAturcaraBorang Pertanyaan
HARGA UNTUK SEORANG
DEWASA HOTEL 3* HOTEL 4* HOTEL 5*
2 RM1,359 RM1,379 RM1,429
3 -5 RM1,239 RM1,249 RM1,339
6 – 9 RM989 RM1,009 RM1,099
10 – 14 RM929 RM939 RM1,039

Harga dan aturcara pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis.

PENGINAPAN
DESTINASI HOTEL @ SETARAF TARAF BINTANG
PHNOM PENH
Relax Hotel 3 Bintang
Samnang Laor Hotel 4 Bintang
Dyvith Hotel 5 Bintang

PAKEJ ADALAH TERMASUK:

  • Makanan halal seperti didalam aturcara pakej.
  • Penginapan¬† selama 3 malam di hotel (bilik perkongsian twin / double).
  • Makanan – 3x makan tengahari dan 3x makan malam di restoran tempatan.
  • Pemandu pelancong tempatan berbahasa Inggeris.
  • Pengangkutan berhawa dingin seperti di dalam aturcara pakej.
  • Tempat lawatan beserta tiket masuk seperti di dalam aturcara pakej.

 

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang.
  • Perkhidmatan porter.
  • Perbelanjaan untuk diri sendiri.
  • Insuran Perjalanan.
  • Hari puncak / musim perayaan.
  • Makanan dan minuman tambahan yang tiada didalam aturcara pakej.
  • Sebarang tiket masuk kemana-mana tempat lawatan tambahan yang tiada didalam aturcara pakej.
  • Bayaran lebihan bagasi.
  • Tip untuk pemandu pelancong / pemandu bas / van.
  • Lain-lain yang tiada didalam aturcara pakej.

LAWATAN DI DALAM ATURCARA PAKEJ ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA SEPERTI KEADAAN CUACA, JALAN TRAFIK DAN LAIN-LAIN.

 

HARI 01 : 
KETIBAAN PHNOM PENH

Phnom Penh City River View
Phnom Penh City River View
  • Setibanya di Lapangan Antarabangsa Phnom Penh, peserta disambut oleh pemandu pelancong tempatan.
  • Peserta dibawa untuk daftar masuk ke hotel dan berehat.

 

HARI 02 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
ROYAL PALACE > MUSEUM > KILLING FIELD > WAT PHNOM

Wat Phnom Memorial - Pakej Melancong Ke Phnom Penh
Wat Phnom Memorial
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan dengan melawat Kompleks Istana Diraja yang menakjubkan dan merupakan tempat kediaman kerabat diraja yang merupakan simbol negara Cambodia (Kemboja). Menikmati keindahan Taman diraja yang berlanskapkan tumbuhan tropika dan memasuki dewan majlis diraja diadakan dimana ia juga merupakan tempat penobatan raja Cambodia.
  • Melewati Napoleon III Pavilion yang merupakan hadiah dari pemerintah Perancis pada abad ke 19.
  • Lawatan diteruskan ke Silver Pagoda – terdapat 5000 jubin perak seberat 1 kg setiapnya yang menutupi lantai. Didalamnya terdapat harta yang sangat berharga seperti patung manusia Buddha yang diperbuat daripada emas dan bertatahkan 9,584 berlian dan berlian terbesar mencecah sehingga 25 karat.
  • Lawatan ke Tuol Sleng yang dahulunya merupakan sebuah sekolah menengah sebelum dijadikan sebagai pusat untuk siasatan, penyeksaan dan pembunuhan oleh Khmer Rouge. Sekarang ia dikenali sebagai Muzium Penyiksaan yang menjadi saksi kekejaman Khmer Rouge.
  • Melawat Masjid Boeung Kok Phnom Penh.
  • Melawat Killing Fields Of Cheong EK yang pada mulanya merupakan kawasan perkuburan cina dan dijadikan sebagai kem pembasmian tahanan politik. Sisa-sisa 8,985 orang yang telah dijumpai dikuburan yang besar dipindahkan dan dijadikan sebagai makam peringatan.
  • Lawatan terakhir ke Wat Phnom yang menjadi simbol kepada bandar ini – terkenal dikalangan penduduk tempatan untuk berdoa memohon mendapatkan tuah didalam mendapatkan pekerjaan dan juga untuk lulus peperiksaan.
  • Pulang ke hotel untuk berehat.
Killing Fields Of Cheong EK - Phnom Penh, Cambodia
Killing Fields Of Cheong EK

 

HARI 03 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari
PHNOM PENH > UDONG > SUNSET CRUISE

Udong, Former Cambodia Capital
Pagoda & Stupas at Udong
  • Sarapan pagi dihotel.
  • Bertolak menuju ke ibunegara lama Cambodia, Udong (1618 – 1866).
  • Melawat Pagoda bersejarah dan beberapa makam raja Cambodia yang terdahulu.
  • Peserta bertolak pulang ke Phnom Penh.
  • Makan tengahari.
  • Peserta dibawa menaiki bot untuk menikmati panorama indah matahari terbenam dengan menyusuri Sungai Tonle Sap yang terkenal dengan pembalikan arah arus sungainya setiap tahun, bertindak sebagai penghalang banjir semula jadi terbesar di dunia untuk Sungai Mekong. Menyusuri sungai melepasi Istana Diraja, Semenanjung Chrouy Changvar dan perkampungan kecil nelayan.
  • Selepas makan malam, peserta dibawa pulang ke hotel untuk berehat dan acara bebas.
Phnom Penh Sunset Cruise - Cambodia
Phnom Penh Sunset Cruise

 

HARI 04 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari
LAWATAN BANDAR > KUALA LUMPUR

Russian Market | Psar Tuol Tom Pong
Russian Market (Psar Tuol Tom Pong)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Peserta dibawa untuk membeli-belah di Russian Market (Psar Tuol Tom Pong) yang terkenal dan Psar Thmei (Central Market).
  • Meneruskan lawatan ke Independent Monument, King Morodom Statue & Chaktomuk Riverside.
  • Peserta dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Package Details

 

Personal Details

 

Verification

error: Content is protected !!