Kembara Beijing 5H3M

Kembara Beijing 5H3M
Spread the love

 

Pakej Kembara Beijing 5H3M. Melawat Dataran Tian An Men, Kota Larangan, Persembahan Akrobatik & Tembok Besar Cina. Percutian murah dan jimat serta fullboard. Tanpa kos tersembunyi.

Price Valid Until : 31 Oct 2019 Package Type : Ground only Tour Type : Private Tour
InfoAturcaraBorang Pertanyaan
HOTEL 3 – 5 ORANG 6 – 9 ORANG  10 – 15 ORANG
HOTEL A RM1,149 RM 879 RM 759
HOTEL B RM1,229 RM 939 RM 809
HOTEL C RM1,449 RM 1,179 RM 969

Harga dan aturcara pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis.

HOTEL  NAMA HOTEL @ SETARAF TARAF BINTANG
HOTEL A Olive Tree Holiday Hotel (Muslim) 4 Bintang
HOTEL B City In 4 Bintang
HOTEL C U Hotel (Muslim) 5 Bintang

PAKEJ ADALAH TERMASUK:

  • Makanan halal seperti didalam aturcara pakej.
  • Penginapan  selama 3 malam di hotel bertaraf 4 bintang (bilik perkongsian twin).
  • Makanan – 3x makan tengahari dan 3x makan malam di restoran tempatan.
  • 1 botol air mineral untuk seorang setiap hari semasa lawatan.
  • Pemandu pelancong tempatan berbahasa Inggeris.
  • Pengangkutan berhawa dingin seperti di dalam aturcara pakej.
  • Tempat lawatan beserta tiket masuk seperti di dalam aturcara pakej.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang.
  • Perkhidmatan porter.
  • Perbelanjaan untuk diri sendiri.
  • Insuran Perjalanan.
  • Hari puncak / musim perayaan.
  • Makanan dan minuman tambahan yang tiada didalam aturcara pakej.
  • Sebarang tiket masuk kemana-mana tempat lawatan tambahan yang tiada didalam aturcara pakej.
  • Bayaran lebihan bagasi.
  • Tip untuk pemandu pelancong / pemandu bas.
  • Lain-lain yang tiada didalam aturcara pakej.

NOTA:

  • Aturcara pakej dan harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis.
  • Caj tambahan sebanyak RM50 – RM80 /seorang pada musim / hari puncak akan dikenakan bergantung pada tarikh pelepasan.
  • Perayaan pertengahan musim luruh (September 13 – 15, 2019).
  • Cuti Hari Kebangsaan (September 29 – Oktober 07, 2019).
  • Bayaran denda sebanyak RM200 /seorang /sehari sekiranya tidak hadir semasa lawatan.
  • Caj tambahan sebanyak RM130 /seorang /kedai sekiranya lawatan kurang dari 1 jam atau pembatalan tempat lawatan di hentian kedai pelancongan (Kedai Jede, Sutera, Herba, Negative Ion Products, Jewelry & Tea House).

LAWATAN DI DALAM ATURCARA PAKEJ ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA SEPERTI KEADAAN CUACA, JALAN TRAFIK DAN LAIN-LAIN.

 

HARI 01 : 
KL > BEIJING

  • Penerbangan ke Beijing (bergantung pada jam penerbangan).

 

HARI 02 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
BEIJING

  • Setibanya di Beijing, peserta disambut oleh pemandu pelancong tempatan dan membantu dalam urusan pendaftaran masuk ke hotel untuk berehat.
  • Selepas sarapan pagi dihotel, peserta dibawa ke Pusat Rawatan Herba untuk mendapatkan khidmat urutan kaki secara profesional dengan percuma.
  • Memulakan lawatan dengan melawat Dataran Tian An Men yang merupakan dataran bandar yang terbesar di dunia – disempadani oleh Dewan Besar Rakyat dan Makam Pengerusi Mao.
  • Kota Larangan terletak di bahagian utara merupakan sebuah Kompleks Istana dan didiami oleh Maharaja Dinasti Ming dan Qing selama lebih dari 500 tahun dahulu.
  • Selepas makan tengahari, peserta meneruskan lawatan ke Masjid Niu Jie yang dibina lebih dari 1,000 tahun dahulu.
  • Peserta dibawa ke Muslim Supermarket yang merupakan satu-satunya pasaraya untuk orang islam tempatan.
  • Pada waktu petang, peserta dibawa untuk berhibur dengan menyaksikan pertunjukan akrobatik.

Makan Tengahari : Restoran tempatan.
Makan Malam : Restoran tempatan.

 

HARI 03 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
BEIJING

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan ke Kedai Sutera.
  • Melawat Tembok Besar Cina yang dibina dari 475 – 221 BC sebagai benteng pertahanan. Tembok yang dapat dilihat sekarang merupakan tinggalan dari Dinasti Ming.
  • Selepas makan tengahari, peserta dibawa ke Burning Cream Centre.
  • Memulakan aktiviti membeli-belah di Wang Fu Jing Street dimana peserta boleh membeli-belah secara tawar-menawar.
  • Peserta dibawa pulang ke hotel untuk berehat.

Makan Tengahari : Restoran tempatan.
Makan Malam : Restoran tempatan.

 

HARI 04 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari
BEIJING

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Peserta dibawa melawat Negative Ion Experience Center.
  • Melawat Stadium Olimpik 2008 – Bird’s Nest Stadium dan Water Cube (Pusat Akuatik).
  • Solat di Masjid tempatan.
  • Membeli-belah di Jewelry City dan Xiu Shui Market dimana terdapatnya paparan skrin LED yang terbesar di Asia.
  • Selepas makan malam, peserta terus di bawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Makan Tengahari : Restoran tempatan.
Makan Malam : Restoran tempatan.

 

HARI 05 : 
BEIJING > KUALA LUMPUR

  • Selamat tiba di KLIA.

Package Details

 

Personal Details

 

Verification

error: Content is protected !!