Guangzhou 4H3M

Guangzhou 4H3M
Spread the love

 

Pakej Guangzhou 4H3M – Pakej ground full board. Melawat Taman Huang Hua Gang, Masjid Guang Ta & Flower City Square. Percutian jimat dan selesa ke Negara China.

Price Valid Until : 31 Oct 2019 Package Type : Ground only Tour Type : Private Tour
InfoAturcaraBorang Pertanyaan
HARGA UNTUK SEORANG
HOTEL PESERTA DEWASA
King Garden Hotel (4*) @ setaraf 2 – 5 RM 1,659
6 – 9 RM 1,159
10 – 15 RM 829

Harga dan aturcara pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis.

PAKEJ ADALAH TERMASUK:

  • Makanan halal seperti didalam aturcara pakej.
  • Penginapan  selama 3 malam di hotel bertaraf 4 bintang (bilik perkongsian twin / triple).
  • Makanan – 3x makan tengahari dan 3x makan malam di restoran tempatan.
  • Pemandu pelancong tempatan berbahasa Inggeris.
  • Pengangkutan berhawa dingin seperti di dalam aturcara pakej.
  • Tempat lawatan beserta tiket masuk seperti di dalam aturcara pakej.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang.
  • Perkhidmatan porter.
  • Perbelanjaan untuk diri sendiri.
  • Insuran Perjalanan.
  • Hari puncak / musim perayaan.
  • Makanan dan minuman tambahan yang tiada didalam aturcara pakej.
  • Sebarang tiket masuk kemana-mana tempat lawatan tambahan yang tiada didalam aturcara pakej.
  • Bayaran lebihan bagasi.
  • Tip untuk pemandu pelancong / pemandu bas.
  • Visa China.
  • Lain-lain yang tiada didalam aturcara pakej.

NOTA:

  • Aturcara pakej dan harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis.
  • Harga pakej tidak sah pada tarikh berikut:
    • April Canton Fair (April 13 – Mei 07, 2019).
    • October Canton Fair (Oktober 14 – 31, 2019).
    • Perayaan pertengahan musim luruh (September 13 – 15, 2019).
    • Cuti Hari Kebangsaan (September 29 – Oktober 07, 2019).
  • Bayaran denda sebanyak RM200 /seorang /sehari sekiranya tidak hadir semasa lawatan.
  • Caj tambahan sebanyak RM130 /seorang /kedai sekiranya lawatan kurang dari 1 jam atau pembatalan tempat lawatan di hentian kedai pelancongan.

LAWATAN DI DALAM ATURCARA PAKEJ ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA SEPERTI KEADAAN CUACA, JALAN TRAFIK DAN LAIN-LAIN.

 

HARI 01 : Makan Tengahari / Makan Malam
KETIBAAN GUANGZHOU

  • Setibanya di Guangzhou, peserta disambut oleh pemandu pelancong tempatan.
  • Lawatan bermula dengan melawat Yue Xiu Park yang terletak di atas bukit dan merupakan taman terbesar yang terletak di pusat bandar. Nikmati pemandangan indah tujuh bukit dan tiga tasik buatan manusia. Tarikan utama pelancong disini adalah Five Ram Sculpture yang didirikan pada tahun 1959 dan menjadi simbol kepada bandar Guangzhou (Five Ram City).
  • Selepas makan tengahari, peserta dibawa ke Masjid Guang Ta untuk solat.
  • Daftar masuk ke hotel dan berehat.
  • Membeli-belah di Beijing Road yang terkenal di Guangzhou.

Makan Tengahari : Restoran tempatan | Makan Malam : Restoran tempatan.

 

HARI 02 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
GUANGZHOU

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan ke Huang Hua Gang Park dimana taman ini dipenuhi dengan bunga kekwa, pokok-pokok hijau dan terletaknya Octagonal Pavilion, Square Pond, Silent Pond, Huanghua Pavilion dan Huanghua Well.
  • Melawat Makam Saad Bin Abi Waqa yang menyumbang kepada perkembangan agama islam di Cina.
  • Membeli-belah di Burning Cream Center, Jade Store dan Shang Xia Jiu Shopping Street.
  • Pulang ke hotel dan berehat.

Makan Tengahari : Restoran tempatan. | Makan Malam : Restoran tempatan.

 

HARI 03 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
GUANGZHOU

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Bersiar-siar di Flower City Square yang merupakan dataran terbesar di Guangzhou. Peserta dapat menyaksikan senibina yang mengagumkan seperti Guangzhou Opera House, Menara TV, Muzium Wilayah Guangdong dan lain-lain.
  • Membeli-belah di Bazaar Pakaian Bai Ma dan Hai Yin Qiao Electronic World.
  • Pulang ke hotel dan berehat.

Makan Tengahari : Restoran tempatan. | Makan Malam : Restoran tempatan.

 

HARI 04 : 
GUANGZHOU > KUALA LUMPUR

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Peserta di hantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Bai Yun untuk penerbangan pulang.

Package Details

 

Personal Details

 

Verification

error: Content is protected !!